A+ dalam subjek Pendidikan Islam bukanlah satu perkara yang sukar untuk diperolehi seorang pelajar. Malahan subjek teras ini merupakan antara subjek yang WAJIB A untuk semua pelajar kerana apa yang dipelajari dapat dipratikan terus dalam kehidupan. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 adalah ingin memastikan bahawa silibus pendidikan di sekolah terus kekal relevan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Format peperiksaan Pendidikan Islam juga turut berubah. Perubahan ini adalah untuk memastikan semua pelajar sekolah menengah dapat menguasai subjet teras ini dengan baik. Antara perubahan format peperiksaan Pendidikan Islam pada tahun ini ialah tiadanya lagi soalan berbentuk objektif bagi kertas satu.

Format peperiksaan Kertas Pendidikan Islam SPM 2021:

Kertas 1Subjektif sepenuhnya100 markah
Kertas 2Ujian Tilawah Al-Quran/ Hafazan/ Bacaan Hadis100 markah

Kedua-dua kertas ini membawa kepada 100 markah secara keseluruhan. Perubahan ini jelas untuk memastikan bahawa semua pelajar dapat menguasai Al-Quran dengan baik selain menguasai hadis-hadis yang diajarkan di dalam subjek Pendidikan Islam.

Disini saya sertakan rakaman penerangan yang telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Ahmad Shukri Bin Ahmad Rasli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Trong, Perak yang merupakan guru Pendidikan Islam dan jurulatih daerah subjek Pendidikan Islam. Diharapkan rakaman ini dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam memahami format peperiksaan SPM subjek Pendidikan Islam pada tahun ini. Selain itu juga al-fadhil ustaz turut berkongsi teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan.

Diharapkan video penerangan ini sedikit sebanyak dapat membantu semua cal0n-calon SPM mendapat kejayaan yang diimpikan.

Selamat maju jaya.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *