Ketokohan setiap imam yang hebat (Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Hanafi & Imam Malik) tidak dapat disangkal lagi. Mereka antara ulama terkemuka yang tidak terikat dengan mana-mana pemerintah. Mereka mengeluarkan pandangan berdasarkan kepada dalil al-quran dan hadis. Meskipun ada perbezaan pandangan dikalangan mereka sendiri, namun semuanya masih tidak bercanggah dengan al-quran mahupun hadis. Perbezaan yang timbul adalah kerana pemahaman mereka terhadap dalil tersebut dan keadaan di tempat mereka serta masyarakat pada waktu itu.
“Tolaklah mana-mana pandangan aku yang bertentangan dengan quran dan hadis”.
Kata-kata yang diungkapkan oleh Imam Syafie.
Kemunculan mazhab adalah kerana pada masa waktu itu terdapat kelompok masyarakat yang tidak berpegang pada kitab suci Allah al-quran dan hadis. Malahan mereka mendakwa al-quran tidak lagi sesuai diguna pakai kerana ianya tidak releven untuk dipraktikan. Sedangkan hakikatnya kelompok masyarakat ini adalah mereka yang inginkan jalan pintas ke syurga.
Walaupun imam-imam ini mempunyai pandangan atau pendapat yang berbeza dalam menyatakan beberapa perkara, namun mereka semua tetap mempunyai pandangan yang sama tentang perkara-perkara bidaah (perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhamad s.a.w) dan menolak fahaman yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Buktinya Imam Hanbali pernah dipenjara dan diseksa kerana menentang ajaran Muktazilah yang diamalkan masyarakat pada waktu itu termasuk daripada golongan istana.
Ketokohan ke empat-empat imam ini perlu dijadikan ikutan kepada semua golongan lapisan masyarakat. Mereka bukan sahaja berilmu, malahan mereka beramal dengan ilmu yang mereka ada dengan penuh displin dan prinsip. Mereka sanggup dipenjara dan dihukum dalam mempertahankan prinsip yang diperjuangkan. Manusia yang berprinsip adalah mereka yang tidak akan tunduk dengan segala ujian, samada ujian tersebut dalam bentuk penyeksaan atau dalam bentuk nikmat.
“Saya dipukul kerana mempertahankan urusan agama”.
Kata-kata yang dikeluarkan Imam Malik selepas sedar dari pengsan akibat diseksa kerana mempertahankan pandangan berkaitan talak yang dijatuhkan secara paksaan adalah tidak sah.
Banyak iktibar yang ditinggalkan kepada kita menerusi kecekalan imam-imam empat mazhab dalam menjalankan amanah. Mereka tidak mendapat apa-apa bayaran ataupun imbuhan dalam menyampaikan urusan agama Allah. Mereka menyerahkan segalanya kepada Allah dan kesanya, sehingga ke hari ini Allah telah memuliakan mereka walaupun mereka sudah pergi meninggalkan kita.
Latihan.
- Pelajar diminta untuk memberikan satu contoh hukum yang berbeza dari kalangan imam-imam mazhab.
- Pelajar perlu tahu dalil atau hujah setiap perbezaan yang dikemukakan.
- Semua jawapan perlu dihantar secara individu menerusi telegram.
- Tuliskan satu nasihat daripada imam-imam mazhab yang pelajar ketahui di ruangan komen.
- Contoh:

Muhammad Harmainul Qardawi
Jika kamu tidak mahu merasa lelahnya belajar/menuntut ilmu pada masa kini , Maka aku akan menanggung pahitnya kebodohan pada masa akan datang .
– Imam syafi’e
Wildan Mazani 404
Hendaklah Diam Apabila Berhadapan Dengan Orang Bodoh:
“Apabila bercakap dengan orang bodoh, maka jangan engkau menjawabnya. Maka sebaik-baik jawapannya ialah diam.”
Fathullah Danial
Nasihat Imam Syafie:
“Barang siapa yang suka agar Allah bukakan pintu hatinya atau Allah terangi kalbunya, maka wajib baginya meninggalkan banyak berbicara pada perkara tidak bermanfaat dan meninggalkan dosa serta menjauhi perbuatan maksiat”
Muhammad Nafiz Nasrun
Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihati kamu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu.
– Imam As-Syafie –
Nur Umairah binti Mohamad Fazil
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”
-Imam Syafie
Nur Damia Batrisya
“Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut ilmu walaupun seketika, maka ia akan terjerumus ke dalam kehinaan kejahilan seumur hidupnya,” – Imam Syafie
Nur Alwani Munirah
” Jika kau seorang diri jagalah hatimu, jika kau bersama orang jagalah lisanmu, jika kau berada di meja makan jagalah perutmu, dan jika kau berada di jalan jagalah matamu. Itu akan memberikanmu keselamatan ”
– imam ahmad –
Muhammad Hazeeq 404
Imam Malik pernah memberi pesan kepada seorang pemuda Quraisy :
“Wahai anak saudaraku, berlajarlah adab sebelum belajar ilmu”
Nur Alwani Munirah
” Jika kamu seorang diri jagalah hatimu, jika kamu bersama orang jagalah lisanmu, jika kamu berada di meja makan jagalah perutmu, dan jika kamu berada di jalan jagalah matamu. Itu akan memberikanmu keselamatan ”
– imam ahmad –
Faris 405
Siapa yang menasihatimu secara sembunyi,
maka dia benar menasihatimu.
Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai,
dia sebenarnya menghinamu.
-Imam Syafi’e-
Faris 405
Siapa yang menasihatimu secara sembunyi
maka dia benar menasihatimu.
Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai
dia sebenarnya menghinamu.
-Imam Syafi’e-
Nur Aina Farisha
Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham akan ladasan ilmu. -imam syafie-
NUR RABIATUL BT TAJUDIN
“ Barangsiapa yang menginginkan husnul khotimah, hendaklah dia selalu bersangka baik dengan manusia”( Imam Syafi’e)
Nur Aina Farisha
Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak perlu mengeluh akan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah. Cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa wahai kawan, akan tetapi teruslah berusaha… -Imam Abu Hanifah-
Nur Farah Raihanah
Sibukkan diri dengan setiap perbuatan baik dan tergesa-gesa melakukannya sebelum sesuatu datang yang menghalang anda daripada melakukan perbuatan baik itu.
-Imam Ahmad-
arina sofiah
“Barangsiapa yang tidak mencintai ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya”
– Imam Syafie –
NUR RABIATUL BT TAJUDIN
”Doa disaat tahajud ialah umpama panah yang tepat yang mengenai sasaran” ( Imam Syafie.)
Muhammad Asyrafuddin Fadhil
“orang yang bijak akan risaukan dosanya sendiri berbanding sibuk dengan dosa orang lain “
– Imam Syafie –
Amir Zharfan Bin Ashraf
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi Aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah paham landasan ilmu”
-Imam Syafie-
Muhammad Asyrafuddin Fadhil
“ilmu itu bukan yang dihafal terapi yang dimanfaatkan”
– Imam Syafie –
Raiyan 405
Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia.Dengan ilmu,ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.
-imam Syafie-
Luqman 405
Muhammad Ameer Luqman 405
“Orang yang bijak akan risaukan dosanya sendiri berbanding sibuk dengan dosa orang lain.”
-Imam Syafie
Noor amira 405
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak menebasnya maka ia akan menebasmu
-imam syafie
Nurul Shamimi 405
‘Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah maka hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia’ (imam syafie)
Puteri Mia Xarra
“Orang beriman itu bagaikan mutiara. Di manapun dia berada, keindahan selalu ada dalam dirinya.”
– Imam Malik –
ALIN ADHA 405
“Bukan ilmu yang harus datang kepadamu, tapi kamulah yang seharusnya datang menjemput ilmu”
-imam malik-
Amirul zuhdi
Amirul Zuhdi 405
“Kurangilah kesenanganmu pada dunia agar berkurang kedukaanmu di akhirat.” -Imam Syafi’e
Jasmine Nurul Nabila
“Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.” – Imam Syafie
Muhamamd Farkhin 404
“Orang yang bijak akan risaukan dengan dosanya sendiri berbanding sibuk dengan dosa orang lain”
-Imam Syafie
Wan Nur Imanina 405
“Bukan ilmu yang harus datang kepadamu, tapi kamulah yang seharusnya datang menjemput ilmu.” — imam malik
Muhd Ashraff
“Orang yang bijak akan risaukan dosanya sendiri bernanding sibuk dengan dosa orang lain.” -Imam Syafie
Raihan Izwani 405
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil. Kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.” Imam Syafie.
Raihan 405
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil. Kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.” Imam Syafie.
Mirza Nuha Mohd Haris
“Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain bersangka dia dalam keadaan reda”
-imam syafie-
Jasmine Nurul Nabila
“Barangsiapa yang tidak mencintai ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya”. – Imam Syafie
Faiq Amrullah 405
“Sebut nama Allah lebih banyak daripada nama makhluk”
-Imam Syafie-
Jasmine Nurul Nabila
“ Barangsiapa yang menginginkan husnul khotimah, hendaklah dia selalu bersangka baik dengan manusia” -Imam Syafi’e
HAZIM 405
“Kedermawanan dan kemuliaan adalah dua hal yang dapat menutupi aib.”
-Imam Syafi’e
HAZIM 405
Marahnya orang yang mulia bisa terlihat dari sikapnya, dan marahnya orang yang bodoh terlihat dari ucapan lisannya
-Imam Syafi’i
Jasmine Nurul Nabila
“Barangsiapa yang tidak mencintai ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya” – Imam Syafie
Fazwan Muzannif 405
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
-imam syafie
Risya 405
“ Bukan ilmu yang harus datang kepadamu, tapi kamulah yang seharusnya datang menjemput ilmu.”
– Imam Malik
siti aishah 405
“Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ilmu.” -imam syafie