Augmented Reality atau dikenali sebagai AR adalah platform yang menghubungkan imiginasi dengan realiti. Dengan penggunaan AR, imiginasi kini menjadi tidak mustahil untuk direalisasikan. AR mengubah cara berhubung dengan dunia realiti.

AR mengubah cara guru menyampaikan pengajaran dan cara pelajar belajar. Menerokai sesuatu yang baru adalah perkara menguntungkan dalam dunia pendidikan. Ini sangat penting kerana pendidikan hari ini perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi. Penglibatan pelajar juga akan menjadi lebih aktif ketika pengajaran menggunakan AR. Penggunaan teknologi AR masa kini semakin mendapat perhatian kerana ianya sudah mudah untuk dihasilkan berbanding sebelum ini.

Antara aplikasi AR yang sangat mudah untuk digunakan ialah AR Makr. Aplikasi ini hanya boleh digunakan melalui peranti iPad sahaja. Apa yang menarik berkaitan aplikasi ini ialah ianya sangat mudah untuk dikendalikan, dan yang paling utama ialah lukisan 2D juga boleh dijadikan augmented reality dengan AR Makr.

Simbol-simbol jalan raya yang dihasilkan menggunankan aplikasi AR Makr.

AR Makr sangat sesuai untuk digunakan oleh para pendidik di sekolah rendah mahupun menengah. Guru harus bijak mencari idea bagi mengintegrasikan augmented reality dengan subjek yang mereka ajar.

Augmented reality mampu menarik perhatian kerana gabungan realiti dan idea maya.

Walaupun augmented reality banyak diberi penekanan terhadap subjek sains terutamanya, ia bukanlah penghalang bagi pendidik yang mengajar subjek-subjek lain (Sejarah, Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral) untuk mencuba aplikasi ini mengikut kesesuaian mata pelajaran mereka. Apa yang utama ialah para pendidik haruslah lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini kerana generasi pelajar hari ini ialah mereka yang belajar dengan teknologi. Para pendidikan hari ini juga perlu menguasai TPACK supaya pendidik dapat menunjukan contoh yang betul dalam penggunaan teknologi kepada pelajar.

Saya sertakan disini “AR Makr Card” iaitu manual penggunaan AR Makr. Bersamanya juga adalah idea bagaimana untuk menggunakan aplikasi AR Makr dalam pengajaran dan pembelajaran. Selamat mencuba.

Klik link untuk dapatkan AR Makr Card:

https://forms.gle/X63ufrPHFEpjqdKn7

1 Comment

  • Rashida binti Sulaiman Reply
    August 21, 2021

    Sekolah Sri Seremban

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *