Muamalat dalam Islam adalah satu ibadah

Ekonomi yang kukuh dapat menjadikan negara stabil dan seterusnya dapat menghapuskan kadar kemiskinan rakyat. Oleh itu setiap rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan ekonomi negara dalam keadaan yang baik. Sementara itu kerajaan pula perlu bijak dalam menguruskan perbelanjaan negara dan mentadbir urus harta negara.

Jual beli, sewaan dan gadaian antara contoh muamalat yang boleh dilaksanakan. Setiap darinya mempunyai rukun dan syarat yang berbeza. Oleh kerana ia merupakan satu ibadah, apabila melaksanakanya dengan mengikut tertib yang ditetapkan maka pastinya ada pahala yang disediakan oleh Allah swt.

Apa yang perlu diberikan perhatian dalam muamalat ialah riba. Riba merupakan perkara haram yang perlu dijauhi ketika perlaksanaan jual beli, sewa, pinjaman dan sebagainya. Hukum pengharamanya juga jelas apabila Allah berfirman menerusi ayat quran:

Dan sesuatu pemberian (riba) yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”
Al-Rum 30:39

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah. Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Al-Nisa’ 4:161

Berdasarkan dua dalil ini jelas menunjukan bagaimana Allah mengharamkan riba dan memberi amaran azab kepada pelakunya. Riba merupakan perlakuan mengambil harta dengan jalan yang salah. Apabila kita menjadikan riba sebagai sumber rezeki kita, maka pastinya darah daging yang tumbuh dalam badan kita akan menjadi rosak. Maka apabila darah daging menjadi rosak terutamanya hati, maka bagaimana hidaya dan petunjuk Allah akan sampai ke dalam diri kita.

Tugasan pelajar:

  1. Analisis video yang telah disediakan di padlet. Keluarkan pandangan anda beserta dalil untuk menyokong pandangan yang diberikan.
  2. Sediakan nota bergambar pada setiap column atau tajuk yang telah disediakan diruangan padlet. Contoh nota bergambar juga turut disediakan sebagai panduan pelajar.
    *Pelajar tidak dibenar menggunakan gambar orang sebenar untuk nota.
  3. Muat naik semua nota bergambar mengikut column yang telah ditetapkan.
  4. Muat turun semua nota yang telah disediakan di column pertama Padlet.

Link padlet:

https://padlet.com/muhamadsyukrisulaiman/q5ytzq1wlhoachv4

Selamat menyiapkan tugasan.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *