Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga  dari harta yang ditinggalkan  oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa’: 11)

Secara umumnya harta dikenala sebagai sesuatu yang dimiliki oleh individu dalam bentuk barang atau manfaat. Ulama Syafie dan Hanbali pula berpendapat bahawa harta ialah sesuatu yang mempunyai nilai komersial samada barang atau manfaat dan boleh diganti semula sekiranya dicerobohi. Ini bermaksud perkara tersebut adalah benda yang boleh dikawal oleh manusia.

Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang memperoleh harta daripada sumber yang tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Harta yang diperolehi secara tidak halal adalah seperti mencuri, merompak, mengugut, menerima dan memberi rasuah serta banyak lagi. Ini perlu diberi perhatian kerana amaran nabi saw berkaitan harta yang tidak halal adalah amat jelas. Harta yang tidak halal menjadikan darah daging kita juga tidak halal.

“Tidak akan masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh daripada sumber wang yang haram, maka nerakalah yang layak baginya.” (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya).

Nota bergambar berkaitan wasiat.

Harta boleh diberi atau diagihkan kepada orang lain dengan beberapa cara atau kaedah. Antaranya ialah wasiat, faraid, pusaka, sedekah dan sebagainya. Ini menunjukan harta boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Setiap kaedah yang digunakan bagi pengagihan harta berbeza rukun, syarat dan sebabnya.

Banyak perkara buruk boleh berlaku sekiranya harta tidak diuruskan dengan betul. Misalnya penyalahgunaan harta seperti pembaziran, perebutan harta sehingga boleh membawa pembunuhan, memutuskan silaturahim kerana wujudnya dengki dan pelbagai lagi. Perkara ini mesti dielakan dan Islam telah menyediakan jalan penyelesaianya dengan baik dan mudah.

Tugasan:

  1. Pelajar diminta untuk mendapatkan 3 gambar berkaitan faraid. (Bukan gambar manusia sebenar).
  2. Daripada gambar yang diperolehi, sediakan nota diatasnya berkaitan dengan faraid.
  3. Contoh telah disediakan diatas penulisan ini. (Nota bergambar berkaitan Wasiat).
  4. Muat naik nota bergambar pelajar diruangan Padlet yang disediakan.

Padlet link:

https://padlet.com/muhamadsyukrisulaiman/m2zyl0rpf3a4guzz

7 Comments

  • Aidid Reply
    July 1, 2021

    Terimakasih ustaz

  • Adriel hakim Reply
    July 1, 2021

    Terima kasih ustaz

  • Qawiem 501 Reply
    July 1, 2021

    Faham ustaz

  • Ikhwan Reply
    July 1, 2021

    Terima kasih ustaz

  • Adibah 501 Reply
    July 1, 2021

    Baik ustaz

  • Alif Ridzuan 501 Reply
    July 1, 2021

    Thank you Ustaz

  • Aliff Iman 501 Reply
    July 1, 2021

    Baik ustaz terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *