Penyediaan video isi kandungan pembelajaran dikalangan guru-guru pada hari ini sangat memberangsangkan. Ini kerana guru-guru semakin kreatif dalam menghasilkan bahan pembelajaran untuk dikongsi bersama pelajar. Penggunaan video juga lebih menyeronokan dan membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan lebih mudah. Penglibatan deria pendengaran dan penglihatan menjadikan pelajar lebih mudah faham dan dapat apa yang disampaikan. Video juga dapat menggalakan pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL). Ini akan menjadikan pemahaman pelajar lebih mendalam dan objektif pembelajaran pasti akan tercapai.

Satu ketika dahulu penghasilan video memerlukan kos yang sangat tinggi. Malah ianya melibatkan banyak tenaga kerja bagi penghasilan sesuatu video. Namun dengan kecanggihan teknologi hari ini, penghasilan video menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Apa yang paling utama ialah durasi video pembelajaran tidak boleh terlalu lama kerana ianya akan menganggu fokus dan daya tumpuan pelajar. Cadangan durasi masa ialah antara 5 hingga 10 minit.

Clips antara aplikasi penghasilan video yang mudah untuk digunakan. Bukan itu sahaja, penghasilan video melalui aplikasi Clips sangat menyeronokan.

Clips: Penggunaan memoji dalam aplikasi Clips yang sanagat menyeronokan.

Banyak filter yang disediakan dalam aplikasi ini. Malahan Clips juga turut menyediakan template green screen kepada pengguna. Selain itu juga, banyak soundtrack yang disediakan untuk diguna sebagai latar belakang muzik pada video yang dihasilkan.

Aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan. Bagi semua pengguna iPad dan iPhone, anda WAJIB mencuba aplikasi ini dalam menghasilkan video bahan pengajaran dan pembelajaran. Bersama ini disertakan link tutorial penggunaan Clips dan manualnya sekali. Selamat mencuba.

Link manual penggunaan Clips: https://drive.google.com/file/d/1drCo0qYdY3VJ6Tejp5GuRIgdfjb-60-E/view?usp=drivesdk

Tutorial penggunaan Clips bagi program pertandingan Creative writting anjuran APLM dengan kerjasama UPSI

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *