Budaya dan adat menjadi corak dalam perkahwinan masyarakat Islam. Selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak, maka tidak menjadi masalah untuk melaksanakanya, tapi jangan sampai keterlaluan. Pelaksanaan perkahwinan mestilah bersumberkan al-quran dan hadis nabi s.a.w.

Walaupun definisi perkahwinan itu cukup luas, tetapi ia merupakan akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum syara’. Perkahwinan juga merupakan perjanjian untuk menyatukan antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan persetubuhan dan mencapai kebahagiaan mengikut hukum syara’.

Apa yang menjadi keutamaan dalam perkahwinan ialah mengetahui siapakah yang boleh dijadikan pasangan dalam hidup kita. Islam telah menetapkan 3 jenis perempuan yang haram dikahwini atas sebab keturunan, penyusuan dan persemendaan. Samada haram selamanya atau haram sementara. Untuk mengetahui siapakah perempuan yang termasuk dalam dua kategori tersebut, jom saksikan video dibawah.

Perkahwinan berlandaskan syariat dapat memelihara diri dan keturunan daripada keruntuhan akhlak atau sebarang masalah sosial. Selain dapat mengeratkan silaturahim, perkahwinan mampu mewujudkan ketenangan jiwa.

Oleh kerana itulah Nabi s.a.w sangat menggalakan perkahwinan seperti yang dinyatakan dalam hadis baginda: Dari Abdillah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa rasul s.a.w bersabda; “wahai pemuda, sesiapa yang berkemampuan dalam kalangan kamu menyediakan belanja perkahwinan maka hendaklah berkahwin kerana berkahwin itu dapat menutup pandangan (daripada melihat maksiat) dan memelihara kemaluan (daripada melakukan zina). Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah berpuasa. Sesungguhnya berpuasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu”.

Tugasan pelajar:

  • Sertakan nama dan gambar individu yang haram anda kahwini (bukan dari kalangan adik beradik), dan rakamkan penerangan kenapa anda haram berkahwin denganya. Samada haram sementara atau haram selamanya.
  • Hantar rakaman anda kepada guru Pendidikan Islam mengikut kelas masing-masing.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *