Setiap perbuatan manusia pasti akan ada ganjaran dan balasan. Walau ianya sekecil zarah, tapi ia tetap akan mendapat balasan di akhirat. Ini merupakan janji Allah kepada setiap hambanya yang beriman dan yang ingkar. Antara dalil quran yang membuktikan setiap amalan pasti akan dibalas Allah s.w.t. :

  1. Surah Al-Mukminun: 40
  2. Surah AN-Nahl: 50 & 97
  3. As-Sajdah: 22

Selain menunjukan pembalasan kepada manusia, ayat-ayat di atas juga memberitahu bahawa kehidupan selepas kematian adalah satu kepastian. Oleh kerana itulah sebagai hamba, kita harus senantiasa melakukan kebaikan dalam apa jua keadaan. Kebaikan untuk diri sendiri, dengan ahli keluarga, masyarakat dan sebagainya. Setiap kebaikan yang kita lakukan, akan mendapat balasan Allah di akhirat kelak.

Pembalasan Allah boleh juga berlaku dalam apa jua keadaan. Mungkin juga berlaku ketika manusia masih lagi hidup di dunia. Mislanya kebakaran hutan dan banjir.

Banjir besar di Kelantan pada tahun 2014
Kebakaran hutan akibat daripada kecuaian manusia.

Adakah setiap bencana alam yang berlaku adalah bentuk pembalasan daripada Allah kepada manusia? Bagaimana pula dengan bencana alam yang berlaku kerana semulajadi seperti taufan dan gunung berapi?

Bincangkan perkara ini dengan rakan-rakan anda. Sediakan dalil dan hujah untuk setiap persoalan yang diajukan.

Jom dengar, lihat dan catat penerangan video berkaitan sifat Allah Maha Pembalas.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *