“Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara, maka dirikanlah solat sunat dua rakaat selain daripada yang difardhukan”. Riwayat Muslim

Berdasarkan hadis diatas jelas menunjukan Islam telah menyediakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap pengikutnya. Solat Istikharoh adalah solat yang dilakukan dengan tujuan memohon petunjuk daripada Allah dalam menentukan keputusan yang ingin diambil. Walaupun hukumnya adalah sunat, tetapi ia memberi impak yang sangat besar kepada setiap pelakunya.

Solat merupakan satu ibadah yang menjadi platform untuk seorang hamba berdialog dengan penciptanya. Dalam solat kita akan mengadu segalanya pada Allah s.w.t. Daripada sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah.

Video penerangan solat istikharoh

Solat adalah segalanya bagi kita seorang hamba. Solatlah dalam apa jua keadaan kita. Susah mahupun senang, lapang mahupun sempit, sihat mahupun sakit.

Latihan:

  1. Nyatakan satu contoh situasi yang membenarkan kita untuk melaksanakan solat sunat istikharoh?
  2. Adakah rukun solat sunat istikharoh sama dengan rukun solat sunat tahajjud?
  3. “Amalan solat sunat istikharoh adalah cara untuk mencari jalan penyelesaian setelah berusaha”. Berdasarkan penyataan ini, huraikan pandangan anda bagaimana solat sunat istikharoh boleh membantu seseorang dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan yang mereka usahakan?

Tugasan pelajar:

Dengan menggunakan aplikasi Clips pada iPad atau iPhone, sediakan satu kisah ringkas (3-5 minit), berkaitan Solat Sunat Tasbih.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *