Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya”. Hadis riwayat Ahmad.

Kerajaan Uthmaniyah merupakan kerajaan Islam yang sangat digeruni. Malahan kerajaan ini pernah melahirkan seorang ketua dan tentera yang dimaksudkan menerusi hadis di atas iaitu Sultan Muhamad Al-Fateh. Kerajaan ini telah memerintah selama 625 tahun. Antara faktor kejayaan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah ialah dari sudut pentadbiran pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran. Manakala dari sudut keilmuan pemerintah telah menaik taraf dan membina institusi masjid. Kesan daripada penaikan taraf ini, masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah tetapi pusat perkembangan ilmu dari pelbagai displin ilmu. Dari sudut sosial, kebajikan rakyat sangat dijaga menerusi sumbangan bantuan yang diperlukan rakyat. Sementara dari sudut ketenteraan pula, semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara. Ketua negara memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan semangat jihad ini terus berkekalan dalam diri setiap rakyat.

Video Kerajaan Uthmaniyah ini dibangunkan menggunakan aplikasi Clips dan Google Earth di iPad.

Walaupun kerajaan ini berjaya menjadi kerajaan yang sangat disegani, ia tetap mempunyai beberapa punca yang membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut. Antaranya ialah perebutan kuasa dikalangan putera-putera raja. Pergolakan di dalam istana akhirnya telah membuka ruang kepada pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Usmaniah.

Kejayaan dan kejatuhan kerajaan Uthmaniyah perlu dijadikan iktibar kepada semua masyarakat hari ini. Ini amat penting supaya kita dapat memastikan negara kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dalam pemerintahan. Pemilihan pemimpin yang berwibawa dan amanah amat penting dalam memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar dan tersusun. Sebagai orang muslim yang beriman, kita hendaklah sentiasa membaca sejarah kegemilangan dan kejatuhan sesebuah kerajaan terdahulu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dalam kehidupan seharian kita.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *