“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal”. Ali-Imran:190.
Setiap kejadian dan aturan yang ditetapkan Allah pastinya adalah untuk manusia memikirkan hikmah disebaliknya. Apa yang pasti ianya adalah satu bukti jelas dan nyata bahawa disebalik berlakunya sesuatu perkara atau kejadian pasti ada perancangnya.
Kehidupan manusia tidak akan seimbang sekiranya setiap ciptaan Allah ini sama sahaja. Misalanya Allah mencipta perempuan sahaja di bumi ini tanpa adanya lelaki, cuaca panas tanpa hujan, dan pelbagai lagi. Pastinya kehidupan tidak akan menjadi seimbang. Oleh kerana sifat Maha Bijaksananya Allah menciptakan semuanya berbeza, maka semuanya dapat melengkapkan antara satu sama lain. Manusia perlu sentiasa berfikir dengan kejadian sekeliling mereka supaya kita dapat mengenali diri kita dan seterusnya mengenali siapa pencipta semuanya yang berlaku disekeliling kita.
Perbezaan warna kulit bukanlah kerana Allah ingin menghina dan menjatuhkan martabat seseorang itu. Sebaliknya perbezaan warna kulit hanyalah kerana Allah ingin melihat bagaimana manusia berinteraksi antara satu sama lain, mengenali antara satu sama lain dan apa yang paling penting bagaimana manusia itu sendiri meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah. Adakah Allah menilai manusia berdasarkan kepada fizikal semata-mata.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang mengetahui”. Ar-Rum:22
Maka seharusnya sebagai seorang beriman kepada Allah, kita perlu menjaga dan memelihara hubungan silaturahim antara manusia dengan manusia tidak kiralah siapa pun mereka, apa pun bangsa mereka dan apa pun warna kulit mereka. Kerana disisi Allah manusia yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa.
*Jawab soalan dibawah diruangan komen.
Nyatakan peribahasa lain, untuk menggantikan peribahasa yang diguna oleh moderator pada ucapan penutup beliau?
Nur Syazlianie Nasyita
Peribahasa yang lain ialah terendam sama basah, terampai sama kering
Iqram 511
Salam ustaz, peribahasa yang lain ialah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni 🙂
Iqram 511
Salam ustaz, peribahasa yang lain ialah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni 🙂
nazmi 511
Antara peribahasa semaksud dengan moderator ialah, Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.
Adam Darwisy
Peribahasa yang lain ialah seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
Adam Darwisy
Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa
Harith Yusri 511
Peribahasa lain ialah berat sama dipikul , ringan sama dijinjing
Qyairil 511
Salam ustaz, peribahasa lain ialah seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.
Al-Hakim 511
Salam ustaz, peribahasa yang semaksud dengan moderator ialah seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.
Razeem 411
Salam ustaz, peribahasa yang lain ialah seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
Qaiser 511
Peribahasa yang lain ialah terendam sama basah, terampai sama kering
Harith Yusri 511
Peribahasa lain ialah berat sama dipikul , ringan sma dijinjing .
Ainna Hanani 511
Peribahasa lain bagi bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat ialah serumpun bak serai,sesusun bak sirih.
Adam Darwisy
Peribahasa lain ialah, seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
Anneesa 511
Peribahasa yang sama maksud dengan moderator pada ucapan penutup beliau ialah Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
aleeya awang
peribahasa lain yang sesuai ialah bukit sama didaki , lurah sama dituruni
Aleeya Maisara 511
Peribahasa lain bagi bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat adalah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Asillah 511
Peribahasa lain yang boleh digunakan ialah serumpun bak serai, sesusun bak sirih
Aqilah Zahidah 511
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat = Bersekutu bertambah mutu
Natasha 51a
Assalamualaikum ustaz, peribahasa yang sama ialah seliang bagai tebu serumpun bagai serai.
Natasha 511
Assalamualaikum ustaz, peribahasa yang sama ialah seliang bagai tebu serumpun bagai serai.
Nur Kamilah 511
Peribahasa lain yang membawa maksud bersatu seperti peribahasa yang disebutkan ialah serumpun bak serai, sesusun bak sirih
NURUL ILMIAH 511
Peribahasa lain yang boleh digunakan untuk menggantikan peribahasa tersebut ialah hati gajah samadilapah, hati kuman sama dicecah.
Nurlisa Nabiha 501
Peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat ialah peribahasa sama lebur, sama binasa.
Ikhwan 501
Peribahasa lain ialah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing