Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak adalah perkara yang perlu diketahui oleh setiap individu. Ini menjadikan asas kepada kehidupan manusia yang lebih bersistematik dan tersusun. Sekiranya kita tidak mengetahui kepentingan dalam setiap perbuatan kita, maka ia akan mengundang perkara yang lebih buruk seperti kualiti kerja yang semakin merosot, malas dalam menyiapkan tugasan, kerja semakin bertimbun dan sebagainya.

Pelaksanaan fiqh al-aulawiyat ini mestilah mengikut kepada prinsipnya iaitu ilmu dan pemikiran, amalan dan tuntutan syarak.

Ilmu dan pemikiran: Mengutamakan usaha menuntut ilmu dan memahaminya berbanding melaksanakan sesuatu amalan.

Amalan: Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding yang sedikit manfaatnya.

Tuntutan syarak: Mengutamakan perkara pokok (Usul) berbanding perkara cabang (Furu’).

Untuk manusia menentukan sesuatu itu lebih penting berbanding yang lain ialah mesti berpandukan kepada fiqh al-aulawiyat. Ini dapat mengimbangkan kehidupan seharian kita dalam melaksanakan tuntutan syarak. Selain itu juga ia dapat melahirkan masyarakat yang berjaya menguruskan sistem kehidupan yang lebih cekap.

Dengar penerangan dengan teliti dan jawab setiap soalan yang diajukan.

*Kemukakan soalan diruangan komen sekiranya ada persoalan dan pertanyaan.

2 Comments

  • Qawiem Reply
    February 2, 2021

    Ustaz,
    Kalau kita silap mengutamakan perkara yang sepatutnya adakah ia dikira sebagai dosa?

    • Syukri Sulaiman Reply
      February 9, 2021

      Tidak selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak.
      Apa yang pentig ialah kita perlu tahu bagaimana untuk mengenal pasti yang UTAMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *