Lihat, dengar, dan catat adalah tiga elemen penting yang perlu dilakukan seorang pelajar ketika berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pelajar tidak melakukan salah satu daripada tiga proses yang dinyatakan, maka ia akan memberi kesan kepada pelajar pada masa akan datang terutamanya ketika peperiksaan. Ramai pelajar yang hanya mempraktikan dua daripada tiga iaitu mendengar dan melihat. Sedangkan nota adalah pengukuhan bagi mengingati semula apa yang di dengar dan di lihat.

Nota amat penting bagi seorang pelajar kerana ianya akan menjadi rujukan utama pelajar sebelum peperiksaan. Nota yang baik, kemas, tersusun dan mudah difahami pasti akan membantu pelajar untuk membuat ulang kaji pelajaran. Bukan itu sahaja, nota yang kemas dan mudah difahami akan membantu rakan-rakan pelajar lain untuk memahami apa yang guru sampaikan ketika di dalam kelas. 

Terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan pelajar untuk membuat nota seperti :

https://apps.apple.com/my/app/nebo-take-notes/id1119601770

https://apps.apple.com/my/app/notability/id360593530

https://apps.apple.com/my/app/zoomnotes-lite/id621255925

Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana saya menggunakan aplikasi Adobe Spark Page untuk membuat nota bersama pelajar. Apa yang menarik berkaitan Adobe Spark Page ialah paparan untuk kita membaca nota yang digabungkan bersama gambar akan menjadikan bacaan kita lebih menarik dan mudah diingati. Malahan pengguna juga boleh memasukan elemen video ke dalam ruang yang disediakan. Apa yang penting ialah, nota yang disertakan bersama gambar akan memainkan emosi kepada pembaca. 

https://spark.adobe.com/page/1EeKC08j4coQi/

Contoh nota pelajar menggunakan Adobe Spark Page 

Kredit : Luqman 503 MRSM Taiping

Adobe Spark Page adalah aplikasi percuma untuk pengguna. Selain paparan yang menarik, aplikasi ini juga menyediakan pilihan untuk pengguna membuat susun atur antara text dan gambar. Variasi pilihan ini menjadikan pengguna mempunyai pilihan bagaimana mereka ingin membuat susun atur antara nota, gambar, dan video. 

Setelah mengggunakan Adobe Spark Page, saya dapati aplikasi ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang ingin menyiapkan nota atau sebarang bentuk laporan. Selain daripada paparannya yang sangat menarik, ianya juga sangat mudah untuk digunakan. Pengguna perlu “sign in” menggunakan alamat email google bagi memudahkan pendaftaran untuk menggunakan Adobe Spark Page.

Selamat mencuba.

* Contoh nota (Topik perkahwinan) pelajar melalui penggunaan Adobe Spark Page yang disediakan oleh pelajar 503 MRSM Taiping :

https://spark.adobe.com/page/Rlgycmp7JHfHd/

https://spark.adobe.com/page/AI4qNDFQZkOzn/

https://spark.adobe.com/page/RFb76iRN67k3W/

https://spark.adobe.com/page/iFnBLqsOwrn3m/

https://spark.adobe.com/page/K66RNeZRzilGa/

https://spark.adobe.com/page/2TKDH8MDSxLoj/

https://spark.adobe.com/page/EwlmOxsv9Epzf/

https://spark.adobe.com/page/V0J9ckl2CkjkU/

https://spark.adobe.com/page/yll97UAY4iUF9/

https://spark.adobe.com/page/G5NMCFiuytrhP/

https://spark.adobe.com/page/bpdNu8l6JdCTl/

https://spark.adobe.com/page/7FyDZYM5ou0I1/

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *