Kehidupan di dunia telah ditetapkan secara berpasangan. Kitaran dan pergerakan juga ditetapkan aturanya. Kenapa semuanya telah ditetapkan? Perlukah peraturan berpasangan ini diikuti atau satu pilihan.

Manusia berhak menentukan hidup mereka sendiri. Keluarga, rakan, persekitaran sekeliling hanya faktor yang membantu seseorang membuat keputusan. Misalanya dalam bab perkahwinan. Bagaimana majlis yang diinginkan, apa makanan yang dijadikan sajian untuk tetamu, semuanya bergantung kepada keadaan sekeliling dan siapa yang terlibat dalam perbincangan tersebut.

Inilah lumrah kehidupan. Kita memerlukan sesuatu untuk menjadi tempat bergantung dan sokongan. Adakah kita tidak boleh menentukan arah perjalanan sendiri tanpa gangguan lain. Hidup merupakan satu pilihan yang perlu diteliti dengan berhemah. Antara contoh keadaan yang memerlukan penelitian dalam hidup ialah RUJUK. Klik pautan dibawah untuk mengetahui tentang rujuk.

https://spark.adobe.com/page/khfTHlbPM4WSu/

Setiap kehidupan di dunia menunjukan bahawa kita perlukan sokongan antara satu sama lain. Dengan adanya sokongan dan dorangan, ianya dapat menjadikan diri seseorang itu kuat dalam mendepani ujian dan dugaan. Hidup penuh dengan pilihan. Kita yang menentukan arah mana yang kita inginkan dan pengakhiran yang kita impikan.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *