Digital Citizenship atau Kewarganegaraan Digital mempunyai takrifan yang sangat pelbagai (Ribble & Bailey, 2007). Walau bagaimanapun ia boleh didefinisikan sebagai tingkah laku baik dan rasa tanggungjawab ketika menggunakan teknologi untuk melayari internet. Teknologi hari ini telah menjadi satu keperluan dalam rutin harian manusia. Sebahagian besar aktiviti harian manusia dilakukan secara atas talian seperti komunikasi, perbankan, jual beli, pembayaran bil dan sebagainya. Pendidikan juga antara yang turut terlibat dalam kepesatan teknologi.

Kredit : Malaysia Internet User Survey (Malaysia Communication and Multimedia Commission)

Statistik jelas menunjukan bahawa pengguna sosial media seperti facebook mempunyai bilangan pengguna paling ramai. Sosial media menjadi platform untuk pengguna berkongsi, berbincang dan bertukar pandangan. Selain itu ia juga merupakan medium bagi pengguna menjana pendapatan. Perkara ini menunjukan bahawa internet hari ini menjadi kepentingan dalam kehidupan manusia. Begitu juga dalam bidang komunikasi. Penggunaan aplikasi whatsapp telah membantu komunikasi berlangsung dalam apa jua keadaan. Sosial media telah merapatkan jurang hubungan manusia global. Walau dimana kita berada, kita masih dapat berinteraksi dan berhubung dengan mudah. Apa yang perlu kita fikirkan ialah, bagaimanakah cara kita menguruskan penggunaan sosial media kita. Adakah dengan penuh tanggungjawab atau sebaliknya. Adakah bahasa yang digunakan menerusi perantaraan whatsapp benar-benar difahami penerima dengan kehendak kita sebagai penghantar atau sebaliknya.

Statistik menunjukan 39.2% individu akan menggunakan masa selama 1 hingga 4 jam bagi melayari internet dalam masa sehari. Ini menunjukan bahawa rutin harian masyarakat hari ini mengalami perubahan besar dengan kehadiran teknologi. Smartphone adalah peranti utama yang digunaka bagi melayari internet.

Kredit : Malaysia Internet User Survey (Malaysia Communication and Multimedia Commission)

Daripada dapatan ini, seharusnya masyarakat kita terus bergerak melangkah seiiring dengan kemajuan teknologi. Masyarakat perlu memanfaatkan teknologi sepenuhnya dengan cara yang baik. Institusi pendidikan adalah medium terbaik dalam memastikan teknologi dapat digunakan dengan berkesan dan bertanggungjawab. Inilah peranan Kewarganegaraan Digital yang perlu diajar dan diberitahu kepada semua pengguna teknologi supaya kita dapat membentuk persekitaran masyarakat digital yang bertanggungjawab serta beretika. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk menyampaikan kepada pengguna bagaimana menggunakan teknologi dengan bertanggungjawab. Namun harus diingatkan bahawa untuk membentuk masyarakat digital yang baik ia merupakan satu proses yang berterusan dan berpanjangan.

Terdapat 9 elemen dalam Digital citizenship. Akses, Etika, Undang-undang, Literasi, Komunikasi, Jual beli, Keselamatan, Kesihatan, Hak dan tanggungjawab. Pengguna harus faham ketika mereka sedang melayari internet, adakah ke semua elemen ini perlu digunakan bersama atau hanya sekadar beberapa elemen sahaja. Justeru itu, pendidikan kewarganegaraan digital perlu diberikan kepada semua individu. Daripada individu digital yang baik maka akan terbentuknya masyarakat digital yang harmoni. Persoalanya, siapakah yang bertanggungjawab dalam memberi pendidikan atau pengetahuan kewarganegaraan digital?

Bersambung…

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *