Pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan guru masa kini bagi menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mereka. Dibantu dengan kemajuan teknologi dan capaian internet hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mencabar serta menyeronokan. Proses penyampaian ilmu menjadi pelbagai cara dan kaedah. Misalanya teknik bercerita antara teknik yang digunakan dalam penyampaian pengajaran. Guru yang menguasai teknik ini bijak mengawal nada suara, plot cerita dan yang paling penting dapat mengekalkan fokus pelajar sepanjang penceritaan berlaku. Begitu juga dengan teknik bertanya soalan. Guru perlu bertanya soalan dengan jelas dan satu demi satu. Memberi peluang untuk pelajar memikirkan jawapan sebelum memanggil mereka untuk menjawab. Sekiranya semua soalan ditanyakan dalam masa serentak tanpa memberi peluang pada pelajar untuk memikirkan jawapan, maka pasti pelajar tidak akan berusaha untuk mencari jawapan pada setiap persoalan. Semua teknik pengajaran ini akan disesuaikan guru mengikut tahap kesesuaian pelajar seperti bilangan pelajar di dalam kelas, keaktifan pelajar, tahap akademik dan sebagainya. Tidak menjadi masalah atau kesalahan sekiranya pada satu-satu tempoh kelas berlangsung, guru menggabungkan beberapa teknik pengajaran.

Kali ini saya ingin kongsikan teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan “Augmented Reality”. Secara umumnya augmented reality lebih dikenali dengan nama AR. Untuk menghasilkan satu AR mengambil masa yang agak lama bergantung kepada kepakaran seseorang dan reka bentuk yang diinginkan. Hasilnya amat mengujakan dan menarik kerana kebiasaanya ia diwujudkan dalam 3 dimensi. Tidak dinafikan proses penghasilanya juga menelan kos yang agak tinggi. Namun dengan kecanggihan teknologi hari ini, AR bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dihasilkan oleh guru atau pensyarah bagi digunakan dalam pengajaran mereka. Banyak aplikasi telah diwujudkan bagi membantu pendidik atau sesiapa sahaja yang ingin mencipta AR mereka sendiri. Apa yang paling penting, teknik penggunaan AR dapat membantu pelajar dalam memahami subjek dengan lebih mudah.

Aplikasi “AR Makr” antara yang menjadi pilihan saya untuk mencipta AR sendiri bagi diguna pakai dalam pengajaran. AR Makr antara aplikasi yang disediakan untuk pengguna peranti iPad Gen 5 ke atas dan iPad Pro sahaja. Kelebihan aplikasi AR Makr ialah, ia boleh dihasilkan melalui lukisan 2D dan terus boleh dijadikan augmented reality. Pastinya ia akan menjadikan pengalaman yang sangat menarik untuk para pendidik dan pelajar. Dengan menggunakan aplikasi keynote yang terdapat di dalam iPad, kita sudah boleh menghasilkan AR sendiri.

”Road symbol”. Rekabentuk ini dihasilkan melalui aplikasi keynote – iPad.

Kreativiti dalam berimaginasi adalah syarat utama menghasilkan AR. Sebelum ini guru lebih banyak memikirkan bagaimana slide pengajaran yang ingin dihasilkan, namun hari ini guru boleh beralih kepada penggunaan AR bagaimana yang ingin dihasilkan. Tidak dinafikan bahawa penggunaan teknologi sangat membantu pelajar dalam memahami topik yang diajar.

Penghasilan AR melalui aplikasi keynote

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat digalakan menggunakan AR dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia mampu untuk menggalakan pelajar berimaginasi dengan baik. Contohnya menggunakan AR bagi menghasilkan zoo idaman mereka sendiri. Selain daripada meletakan binatang di dalam zoo tersebut, guru boleh juga mengajar berkaitan jenis haiwan. Apabila pelajar dapat berimaginasi dengan baik, ini dapat membantu menggalakan mereka berfikir. Ini kerana ciri AR adalah mendorong proses kognitif pelajar dalam visualisasi. AR juga dapat menukar persepsi pelajar terhadap subjek dan turut memberi pengalaman menarik kepada guru dan pelajar.

AR Makr : Do’s and Don’t

Penggunaan AR memberikan pengalaman seolah kita berada dalam keadaan yang sebenar. Kewujudan teknologi ini juga menunjukan bagaimana teknologi dan pendidikan boleh bergerak seiring. Kesimpulanya ialah AR merupakan teknologi yang perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para pendidik supaya ia dapat memberi dimensi baru kepada dunia pendidikan terutamanya pelajar. Para pendidik haruslah sentiasa bersedia dengan kepantasan teknologi supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses penyampaian pengajaran mereka. Ini penting kerana penggunaan teknologi sangat membantu murid memahami konsep dengan cepat selain daripada dapat mengelakan rasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Itulah pentingnya seorang pendidik memahami TPACK dalam diri mereka.
Tamat…

Aplikasi AR Makr menerusi iPad

AR Makr : Papan tanda jalan raya
AR digunakan bagi menunjukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan diruangan kerja.
Credit video : Cikgu Lutfi (MRSM Taiping)
Penggunaan AR dalam subjek Pendidikan Islam.
Credit video : Puteri (MRSM Taiping)

Link bagi mereka yang ingin belajar bagaimana ingin menghasilkan AR sendiri dengan menggunakan aplikasi AR Makr dan keynote di iPad.
https://www.youtube.com/watch?v=c2my6_VHoaU&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1t4hLuf1IsuXcTFuUfPuwS-AWojwXIMV0PxX5B0fnfA-hR65_M2R0cAVU

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *