Penggunaan doceri boleh diperluaskan mengikut kreativiti guru-guru. Sebagai Alat Bantu Mengajar, ia mampu menarik minat pelajar untuk terus memberi tumpuan ketika pengajaran berlangsung. Guru juga boleh menggunakan variasi warna pen yang disediakan oleh doceri untuk membuat lakaran penerangan kepada pelajar. Guru tidak perlu lagi untuk membeli pen yang pelbagai warna. Cukup sekadar dengan doceri.

Pelbagai pilihan warna disediakan bagi memudahkan penyampaian guru-guru

Variasi pen juga turut disediakan kepada pengguna doceri. Dalam erti kata lain, guru tidak perlu membeli bentuk pen dan warna yang pelbagai. Khsusunya kepada guru seni, ini sudah menjadi satu kelebihan buat mereka kerana boleh menghasilkan lukisan yang sangat menarik dengan satu aplikasi. Malahan nota guru juga boleh divariasikan hasilnya supaya dapat memudahkan lagi kefahaman pelajar.

Antara pilihan pen yang disedikan ialah “Highlighter pen”

Saya senaraikan sebab mengapa saya masih memilih doceri walau ketika mengajar di dalam kelas : 

  1. Rakaman ketika mengajar boleh terus direkodkan melalui doceri dan pelajar dapat mendengarnya secara berulang kali.
  2. Pilihan latar belakang yang sangat menarik untuk digunakan ketika mengajar.
  3. Sangat mudah dikendalikan.
  4. Tidak memerlukan INTERNET.

Kesimpulanya saya menyarankan kepada semua para pendidik agar mencuba untuk menggunakan DOCERI samada di musim PKP atau ketika di dalam kelas.

Tamat…

Maths : Drawing a straight line
Credit : Cikgu Nur Ilyani (MRSM Taiping)

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *