Penggunaan papan putih amat sinonim dengan seorang guru. Adakalanya sebuah papan putih tidak mencukupi bagi seorang guru. Papan putih merupakan salah satu daripada Bahan Bantu Mengajar yang perlu ada bagi seorang guru kerana ia merupakakan medium penghantar maklumat kepada pelajar. Walaupun penggunaan papan putih ini dianggap konvensional dalam era pendidikan, tetapi ia masih lagi efektif dan sangat berguna. Walau hebat mana sesebuah sekolah itu dibangunkan, sudah pasti papan putih tetap diletakan di dalam setiap kelas atau beberapa sudut tertentu kerana penggunaanya masih lagi releven.

Walau bagaimanapun, berhadapan dengan generasi pelajar pada hari ini yang sangat sinonim dengan teknologi menjadikan penggunaan papan putih telah bertukar menjadi lebih interaktif. Saya ingin kongsikan salah satu aplikasi yang sinonim dengan papan putih dan sangat membantu guru-guru terutamanya dalam waktu PKP ini. DOCERI adalah aplikasi yang  berfungsi sama seperti papan putih malahan ia lebih menarik untuk digunakan. Selain dapat merakam semua yang ditulis, ia turut membantu merakam penerangan guru. Ini pastinya menjadikan guru-guru lebih mudah untuk merekod sesi pengajaran mereka dan dikongsi bersama pelajar. Terdapat enam papan putih disediakan untuk satu masa penggunaan. Pastinya ia sudah mencukupi.  

Paparan permukaan DOCERI

DOCERI turut menyediakan grid line pada permukaan bagi membantu guru-guru melukis graf dan sebagainya. Dalam erti kata lain, guru-guru boleh memilih permukaan yang diinginkan apabila mereka menggunakan doceri mengikut kesesuaian subjek atau topik yang diajar.

Pelbagai paparan boleh dipilih oleh guru-guru mengikut kesesuaian subjek yang diajar.

Guru-guru juga boleh memasukan gambar di dalam doceri untuk digunakan ketika mengajar. Pasti ia akan menjadi lebih menarik untuk pelajar. Selain itu, guru boleh memilih warna tulisan yang ingin digunakan ketika membuat penerangan. Pastinya nota dan penerangan guru- guru akan jadi lebih menarik dan mudah difahami pelajar. 

Menggabungkan gambar dan tulisan membantu penerangan lebih jelas dan menarik serta mudah difahami pelajar.

Kelebihan utama doceri ialah apabila semua yang ditulis dan dijelaskan dapat dirakam serentak seolah- olah sedang berlangsungnya kelas secara langsung. Pelajar pasti dapat mendengarnya berulang kali sehingga mereka faham apa yang diajar guru. 

Sepanjang tempoh PKP ini saya memilih DOCERI untuk berkongsi pengajaran saya bersama pelajar dan saya turut mencadangkan guru-guru menggunakan aplikasi DOCERI sebagai salah satu medium pengajaran guru bersama pelajar.

bersambung…

Contoh rakaman pengajaran menggunakan Doceri

https://apps.apple.com/my/app/doceri-interactive-whiteboard/id412443803

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *