Sambungan….

Dengan membekalkan tugasan yang bersesuaian untuk dilaksanakan pelajar bersama keluarga akan menjadikan aktiviti menyiapkan tugasan sekolah menjadi lebih diingati. Tugasan juga pasti akan lebih berkualiti kerana ibu bapa atau ahli keluarga memberi sokongan dan kerjasama dalam menyiapkan tugasan. Penglibatan ini secara tidak langsung akan menjadikan ibu bapa sentiasa peka dengan ruang pendidikan yang berlaku di kediaman mereka.

Komunikasi sihat turut berlaku antara dalam menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Ini dapat melatih kaedah interaksi anak-anak dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. Komunikasi amat penting dalam sesebuah keluarga mahupun organisasi. Dalam tempoh PKP yang berlangsung, sekiranya anak-anak dan ibu bapa leka dengan teknologi masing-masing, pastinya komunikasi secara langsung tidak akan berlaku dengan baik. Aktiviti bersama keluarga juga dapat memaparkan sudut pandang yang sangat berbeza. Ibu bapa yang terlibat bukan sahaja berperanan sebagai ibu ayah tetapi mungkin juga peranan lain bergantung pada kerja yang dibekalkan.

Antara kesan apabila guru sentiasa membekalkan tugasan bersama keluarga ialah ibu bapa dapat melihat corak pembelajaran anak-anak mereka. Apabila ibu bapa memahami corak ini, mereka boleh berkongsi bersama guru-guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kualiti akademik anak-anak pelajar. Guru-guru tidak perlu berasa malu atau takut untuk bertanya kepada ibu bapa bagaimana pelajar-pelajar di rumah menyiapkan tugasan bersama ahli keluarga. Apakah bahasa yang digunakan sesuai, adakah mereka memaksa atau mendesak dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan kerjasama yang baik antara guru dan ibu bapa demi melahirkan modal insan yang berakhlak dan berpengetahuan.

Kesimpulanya, guru harus bijak dalam membekalkan tugasan yang bersesuaian sepanjang tempoh PKP berlangsung. Rancanglah tugasan yang ingin dibekalkan dengan baik. Ibu bapa atau keluarga perlu sentiasa menyokong anak-anak demi memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik bukan sahaja melalui guru-guru di sekolah tetapi juga dari ibu bapa di rumah. Sesungguhnya pendidikan itu bermula dari rumah.

Sekian…

Video bacaan surah Al An-am : 125 adalah satu contoh tugasan bersama keluarga. Pelajar diminta untuk membaca ayat dan terjemahan surah bersama ahli keluarga. Kredit video : Khodijah (MRSM Taiping) bersama ibunya.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *