Tugasan atau kerja sekolah adalah satu perkara yang paling merisaukan pelajar kerana ia bukan satu keseronokan. Malahan dalam menyiapkan tugasan, pelajar selalu mengambil jalan mudah dengan meniru rakan lain sekiranya mereka mempunyai bebanan tugasan yang banyak. Apabila ini berlaku, apa yang pasti kualiti hasil tugasan akan merosot. Pastinya guru harus mencari jalan dalam memastikan pelajar menyiapkan tugasan dengan penuh semangat dan berkualiti. Kreativiti pelajar tidak boleh dihadkan.

Apabila kita menghadkan kreativiti pelajar dalam menyiapkan tugasan, maka sebenarnya kita telah menyebabkan kemahiran pelajar tersebut terhenti dan terganggu. Apabila ia berlaku, maka sudah pasti pelajar akan merasa bosan dan malas untuk menyiapkan tugasan yang dibekalkan. Lebih membimbangkan ialah pelajar tidak akan berminat dengan dunia pendidikan mereka khususnya dialam persekolahan.

Tugas pendidik ialah menunjukan cara dan membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka. Peraturan yang dibuat memadai untuk menjadikan garis panduan dalam menyiapkan tugasan. Contoh mudah, sekiranya pendidik inginkan pelajar menyiapkan tugasan dalam bentuk video pendek, maka sudah pasti tema, masa, kualiti suara dan gambar adalah menjadi peraturan penting yang perlu ditetapkan dan dipatuhi pelajar. Biarkan pelajar menentukan aplikasi yang inign mereka gunakan bagi menyiapkan video tersebut. i.Movie, sony vegas, clips terpulang pada mereka. Dengan ini pelajar akan bebas berkarya dan menghasilkan apa yang ada dalam pemikiran mereka.

Pada waktu PKP sedang berlangsung, cadangan saya kita galakan pelajar menyelesaikan tugasan mereka bersama ahli keluarga. Selain mereka dapat menyelesaikan tugasan yang dibekalkan, mereka juga dapat bersama-sama keluarga dalam menyiapkan tugasan. Kreativiti guru amat penting pada waktu ini supaya dapat menimbulkan minat kepada pelajar dalam menyiapkan tugasan.

Contoh tugasan bersama keluarga
Creadit : Dhia (MRSM Taiping)

Semoga sepanjang tempoh PKP ini pelajar dapat menghabiskan masa bersama keluarga sambil menyiapkan tugasan kerja yang dibekalkan guru. Guru pasti dapat melihat hasil yang pelbagai dari pelajar.

Semoga kita sama-sama dapat manfaatkan tempoh PKP ini dengan perisian aktiviti yang berfaedah bersama keluarga. Bersambung…

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *