Mendekati generasi masa kini melalui teknologi adalah satu perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa mahupun pendidik. Ini kerana kumpulan generasi Z ini adalah kumpulan yang amat mahir dalam penggunaan media sosial. Adalah menjadi satu kerugian kepada para pendidik sekiranya mereka tidak ingin mengambil tahu bagaimana caranya untuk mereka memanfaatkan teknologi dalam pendidikan. Bukan sekadar meletakan peraturan dan menguatkuasakan undang-undang kepada pelajar, sebaliknya para pendidik harus menunjukan bagaimana mereka perlu bertanggungjawab ketika menggunakan teknologi seperti melayari laman sosial dan sebagainya.

Secara kasarnya seorang remaja akan memiliki telefon sendiri seawal usia 10 tahun. Pada saat ini sepatutnya ibu bapa sudah mula mengajar anak-anak erti tanggungjawab supaya mereka tidak menyalahgunakan apa yang mereka miliki. Komunikasi pada waktu ini amat penting agar mereka benar-benar jelas dan faham waktu yang sesuai untuk menggunakan telefon mereka.

Di sekolah, para pendidik perlulah menunjukan cara yang betul untuk menggunakan telefon atau apa jenis peranti seperti iPad dan sebagainya. Ini penting kerana teknologi ini boleh menarik dan mengalihkan daya tumpuan pelajar dalam masa yang singkat. Walaupun ada segelintir pendidik masih menggunakan metod traditional dalam menyapaikan pengajaran mereka dan ia bukanlah menjadi satu kesalahan cuma sejauh mana metod tersebut boleh diterima oleh generasi pelajar masa kini. Kerana apa yang pastinya perkembangan pendidikan haruslah bersama atau lebih kehadapan berbanding perkembangan teknologi.

Jadi bagaimana pendidik perlu memastikan bahawa sebarang peranti yang ada bersama pelajar tidak mengganggu atau disalahgunakan ketika mereka berada didalam kelas. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh semua pendidik sebelum mereka menjalankan BYOD (Bring Your Own Device) di institusi persekolahan. Fokus dan perhatian adalah isu yang perlu ditekankan didalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya dengan menggunakan peranti teknologi boleh mengganggu fokus dan perhatian pelajar mengapa harus kita menggunakanya. Begitu juga sebaliknya.

Namun saya percaya dengan teknologi, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan mampu menyediakan pelajar yang diinginkan oleh dunia luar. Saya akan bincangkan bagaimana pelaksanaan yang saya lakukan di dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan telefon pintar dan iPad.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *