Penggunaan talefon pintar dikalangan generasi muda hari ini semakin bertambah dan meningkat. Statistik menunjukan bahawa Malaysia menduduki tempat ke 10 penggunaan talefon pintar di dunia. Sebanyak 78.7 peratus rakyat Malaysia menggunakan internet menerusi talefon pintar. 

Ketagihan penggunaan talefon pintar ini menunjukan trend masyarakat di Malaysia yang peka dengan perkembangan teknologi talefon pintar. Kepelbagaian pilihan yang ada, menjadikan mereka lebih minat untuk mendalami secara terperinci kelebihan setiap jenama yang akan menjadi pilihan. 

Institusi pendidikan adalah platform kedua terbaik selepas rumah untuk mengajar mereka cara menggunakan talefon pintar. Etika penggunaan ini bukanlah dengan hanya meletakan undang-undang dan peraturan sahaja, tetapi ianya perlu diajar supaya pengguna yang menggunakanya bertanggungjawab dengan penggunaanya. 

 

Talefon pintar memudahkan kita untuk menerapkan proses pembelajaran boleh berlaku dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Sebagai seorang pendidik saya akan memastikan pelajar memanfaatkan sepenuhnya talefon pintar ini samada didalam kelas mahupun diluar kelas. Minat yang mereka miliki seharusnya dipupuk dengan cara yang betul supaya mereka tahu dan faham dengan apa yang mereka lakukan. 

Ajarkan mereka cara yang betul supaya mereka tahu kebaikan dan manfaat yang sebenarnya. Seharusnya perkembangan teknologi yang pantas ini dimanfaatkan sebaiknya dalam sistem pendidikan negara kita supaya kita dapat melahirkan pelajar yang mengikuti kehendak pasaran kerja diluar.

 

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *