Kepelbagaian latar belakang pelajar dalam kelas mejadikan cabaran yang besar kepada seorang pendidik untuk menyampaikan pengajaran. Variasi ini menjadikan suasana pembelajaran akan lebih menarik. Pengajaran satu teknik sahaja tidak akan mejadi berkesan sekiranya dilaksanakan kepada pelajar yang mempunyai ketidaksamaan ini.  Video, audio dan kinestetik antara gaya pembelajaran yang wujud dikalangan pelajar. Agak sukar untuk pendidik mengumpulkan pelajar mereka dari kalangan gaya pembelajaran yang sama.

Ini cabaran besar yang didepani para pendidik hari ini. Cabaran untuk memikirkan apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di dalam kelas bagi memastikan pelajar dapat apa yang disampaikan. Menurut (Garris & Ahlers, 2002) kaedah permainan adalah perubahan dalam corak pengajaran daripada “pembelajaran dengan mendengar” kepada “pembelajaran dengan melakukan”. Kaedah ini akan menjadikan suasana kelas menghiburkan.

Apa yang utama, kaedah permainan adalah dapat menarik perhatian pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran kinestatik. Para pendidik boleh menggabungkan kaedah permainan traditional dan moden. Pastinya generasi Z dan genarasi alpha akan mendapat manfaat yang banyak daripada kaedah permainan ini seperti mempercepatkan proses pembelajaran dan mewujudkan suasana interaksi positif dikalangan pemain (Salman, 2001).

Apa yang pasti, para pendidik harus peka bahawa setiap permainan yang dilakukan di dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah :

  1. Mempunyai objektif dan hasil pembelajaran yang jelas.
  2. Mengenal pasti kemahiran yang diperlukan ketika menjalankan aktiviti.
  3. Mempunyai cabaran.
  4. Mengandungi isi kandungan yang relevan.

https://www.beyondcreativity.com.my/wp-content/uploads/2019/01/medium.mov

Antara game yang kerap saya sendiri lakukan ialah :

  1. QR code explorace
  2. Silent game
  3. Suai padan
  4. Fashion Show
  5. Dart

Pendidik tidak perlu lagi risau berkaitan silibus yang tidak akan dapat dihabiskan sekiranya permainan kerap dilakukan. Pastikan pendidik tahu bahawa perancangan awal itu yang paling utama dalam melaksanakan “Game” dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *