Kecanggihan teknologi hari ini banyak membantu manusia dalam melaksanakan tugasan harian mereka. Pelbagai aplikasi yang wujud bagi meringankan manusia dalam merancang aktiviti yang ingin dilakukan dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Aplikasi-aplikasi yang muncul pada hari ini haruslah dimanfaatkan manusia sebaiknya supaya kita dapat menggunakannya dengan betul dan bermanfaat. Misalannya dalam menyediakan video ringkas yang boleh digunakan samada dalam pembentangan, set induksi (bagi guru) dan pelbagai lagi. Antara aplikasi yang sangat membantu seseorang dalam menyediakan video ringkas tetapi memberi impak yang besar ialah Clips.

Clips merupakan salah satu aplikasi yang disediakan dengan pelbagai rekaan template dan muzik latar belakang yang menarik. Malahan aplikasi ini juga menyediakan “green screen” template bagi mereka yang ingin mencuba dan melihat bagaimana “green screen” berfungsi.

Banyak lagi aplikasi video yang boleh digunakan. Jadi terpulang pada kita untuk memilih mana-mana aplikasi yang selesa untuk kita gunakan.

https://www.beyondcreativity.com.my/wp-content/uploads/2019/01/clips.mov

 

Antara contoh montaj video menggunakan aplikasi clips. Video ini dijadikan sebagai set induksi.

0 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *